Wednesday 14 March 2012

BENGKEL MULTIMEDIA KREATIF

Pada 8 dan 9 Mac 2012, telah berlangsung Bengkel Amali Multimedia Kreatif di Makmal Bahasa, IPGKBM. Bengkel selama 2 hari ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Seni Visual (PSV), Jabatan Sains Sosial. Objektif utama bengkel diadakan bertujuan untuk mendedahkan pensyarah PSV dan pelajar-pelajar terlibat dengan beberapa perisian penghasilan bahan multimedia (Photoshop, Corel Draw dan Corel Vidoe) bagi keperluan subjek PSV3109-Multimedia Kreatif dalam PSV yang baharu diperkenalkan pada semester ini di IPGKBM.

Peserta bengkel mencuba perisian multimedia

Bengkel yang sampaikan oleh Encik Zakariah Abd Gahani dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah ini dihadiri oleh seramai 28 orang pelajar dari semester 5D dan 3E . Turut hadir termasuklah beberapa orang pensyarah PSV serta pensyarah daripada Jabatan Teknologi Pendidikan.

Sesi penerangan fotografi
Sesi Amali fotografi

Peserta bengkel telah didedahkan dengan pengetahuan dan amali penggunaan perisian untuk kerja-kerja mengedit dan menghasilkan bahan multimedia. Diharapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daripada bengkel ini memberi manfaat kepada peserta bengkel. Pihak penganjur mengucap terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan bengkel ini. Mudah-mudahan pada masa akan datang bengkel seumpama ini akan dapat diadakan lagi.

Majlis penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan.

Monday 5 March 2012

SIMULASI PROSES AUDIT

IPG KBM , 6 Mac 2011. Proses simulasi audit sedang berjalan semasa kursus audit di bilik Pak Sako. Aktiviti ini sebagai proses pengukuhan ilmu yang diperoleh dalam kursus selama dua hari ini.



Sunday 4 March 2012

Kursus Auditor

IPG KBM, 5 dan 6 Mac 2012. Sebanyak empat orang pensyarah Jabatan Sains Sosial telah disenaraikan sebagai peserta kursus Auditor anjuran Sekretariat IPG KBM. Pensyarah yang terlibat ialah Pn Zainun bt. Abu Bakar, Dr fatimah bt Mohd Dahalan , Pn Noriza bt Sulaiman dan Pn Nor Rul Azlifah bt. Zulkafali. Tujuan kursus ini ialah untuk menyediakan pengalaman dan pengetahuan kepada pensyarah tentang proses audit.